Penat sangat hari-hari tengok hutan batu dan sedut asap kereta di KL ni. Bila tiba cuti sekolah, masalah yang sama je "apa nak buat?" "mana nak pi?" nak pi cuti-cuti mmg mahal lah kan kalau dah berempat beranak ni.
So, cuti sekolah terbaru ni, CWR terjumpa tempat yang best utk bawak anak2 budak bandar ni untuk explore nature. Mai lah tgk agenda kami:
Saturday, 19 Mar 2016
3pm - kami bergerak dari KL ke
Bukit Malawati, Kuala Selangor. Perjalanan dari KL cuma dalam 1 hour je melalui PLUS hiway, then LATAR hiway. Anak2 bandar tu dah membebel gak bila nak sampai ni ibu.
4pm - sampai je sana kami singgah beli tudung kat depan entrance Bukit Malawati tu. Sebab CWR pakai shawl jurai2 kang takut kena tarik dek monyet plak. Lepas tu kami pi beli tiket tram. Harga dalam RM5.30 for adult and RM3.30 for children. Lepas tu kami dok beli air minum dan jajan sambil tunggu tram sampai.
Seronok anak2 bandar tu naik tram! sampai atas bukit lagi la excited tgk berpuluh-puluh maybe beratus monyets!! Kami beli beberapa guni kecik buah-buahan dan sayur-sayuran utk kenduri monyets. Ada pisang, ubi, kangkong, kacang panjang, kacang tanah....wah rasa macam nak main masak2!
|
Aku tak tau mana satu aliff mana satu monyet |
|
tetiba ramai plak anak2 aku hari ni |
Tak banyak gambar pon sebab takut kena perambat dgn monyets nanti jahanam hp/camera! Sebelum kami pun jadi monyets, kami naik tram untuk turun dari bukit. Cik Abam Aliff pun dah puas explore photography skills dia. Cik blondie tu dah puas menjerit kena kejar monyets. Sampai bawah, cik adik manis bertiga singgah masjid depan entrance bukit malawati utk solat Asar. Sakit jantung woooo masa solat dengar monyets berlari atas bumbung masjid rasa macam nak runtuh!
Dalam pukul 6.45pm kami meninggalkan bukit malawati untuk ke
Kampung Kuantan nak tgk fireflies. Tak jauh pun dalam 11 minutes je tapi kami tersesat barat pusing kawasan kampung tu.
Sampai kat entrance tu, azan Maghrib pun berbunyi. Singgahlah berjemaah kat masjid sebelah entrance tu dulu. Alhamdulillah rezeki kami dapat berjemaah. Lepas tu kami berjalan masuk ke jeti. Beli ticket sampan RM53 je. Satu sampan muat 4 penumpang sahaja ye. Lepas tu kami pakai jeket keselamatan dan beratur lah tunggu giliran.
|
Anak belanda pendek sangat tak muat masuk gambar |
Mula2 budak2 ni kata, hek eleh...takde apa pun. Sampan pusing2 kat sini je ke?? Sekali bila dah naik sampan dan bergerak closer to the trees, WAAAAAAAA cantek sangat!!! macam pokok krismas! penuh dgn kelip2. Abam sampan kata kalau nak best lagi datang masa takde bulan sebab lagi terang lampu kelip2 dan masa air pasang air naik tinggi so sampan boleh masuk sampai betul2 bawah pokok. Tak pe laaaa...ini pun kami dah jakun dah bangggggg. Dalam 30 minutes pusing2 naik sampan kat sungai tu, kami pun naik balik ke jeti.
Sebelum bergerak balik ke KL, kami singgah dinner at one of many restaurants kat Kuala Selangor tu. Menu pilihan mestilah ikan bakar!
Perjalanan balik yang memenatkan tapi seronok. Lebih memenatkan bila semua penumpang syok tido and I've to drive alone!
Contact Information Of Bukit Melawati
Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor. Tel: 03-3289 1439
Tourist Train Operation Hours
Day: Saturday, Sunday & Public Holiday
Time: 9.00am-6.00pm
Ticket: Adult RM 5 Children RM3 (Ticket is for Bukit Melawati & Freshwater Fish Park)
Tourist Train Service is closed on weekday. However, visitors can drive their own car (transport) to visit Bukit Melawati.
Booking and Enquiries for Kampung Kuantan Firefly Park
Visitors can make any enquiries and booking by contacting:-
Kuala Selangor District Council
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
Payment Rate
A small boat including insurance and life jacket (Maximum 4 people)
RM 53.00