Tuesday, June 28, 2016

Relationship: Perkahwinan dan Poligami (Part 2)

Sejak bertahun-tahun saya tidak pernah menentang poligami.  Kawan pernah mencebik, "tak kena batang hidung sendiri senang lah cakap!" Ni nak bagitau, kerana saya pernah melaluinya lah saya berani bercakap.  Saya tau kenapa majority wanita menentang poligami.  Mereka lebih sanggup bercerai-berai daripada berkongsi kasih.  Tetapi saya tidak faham kenapa wanita-wanita ini lebih sanggup suami masing-masing terjebak dalam hubungan terlarang daripada membenarkan mereka bernikah dengan wanita lain.  Adakah mereka tahu bahawa tindakan mereka menyebabkan suami terpaksa menipu mereka setiap hari semata2 utk bertemu wanita lain itu?  Dan sesungguhnya kisah isteri muda seorang yang jahat dan perampas suami orang itu hanya lah berlaku dalam drama.  Kita terlalu banyak disogokkan oleh drama dan filem Melayu yang memesongkan.  Hakikatnya, isteri muda itu lah yang sering tersiksa, diabaikan dan dianiaya.

Pada saya, tiada istilah merampas suami orang kerana suami itu bukan hak mutlak kita.  Anak2 juga bukan hak mutlak kita.  Semua itu hanyalah pinjaman dari Allah swt.  Dia memberikan kita suami yang baik dan penyayang.  Dan tentu ada sebab Allah hadirkan wanita lain bagi berkongsi suami kita yang baik dan penyayang itu.  Mungkin wanita lain itu mampu menjadikan suami itu lelaki yang bertambah2 baik dan penyayang.  Setiap kita di muka bumi ini adalah saling melengkapi. 

Pada pemerhatian, pengalaman dan diikutkan logiknya, punca segalanya adalah dari dalam rumahtangga itu sendiri.  Wanita lain itu tidak ada kena mengena pun.  Dia ada hidup dia sendiri.  Sekiranya segalanya sempurna dalam rumahtangga itu, suami atau isteri tidak akan tersasar atau terkeluar dari comfort zone itu untuk mencari cebisan yang kurang atau hilang dalam rumahtangga tersebut.  Maka apabila suami itu mula 'mencari', dia akan bertemu dengan cebisan2 yang kurang, yang dia tak dapat daripada isterinya.  Kenapa? Simply kerana kita semua tidak sempurna.  Isteri yang sangat cantik, terpelajar dan pandai memasak itu masih tetap ada kekurangannya.  Wanita lain yang kurang cantik, kurang terpelajar dan hanya pandai masak telor goreng itu mungkin lebih bijak menjaga hati suami itu.

Kita sebagai wanita selalu cepat rasa selesa apabila sudah lama berumahtangga.  Kita mungkin merasa kita isteri yang ideal.  Tetapi bak kata orang putih, 'you are no longer fun to be with'.  Lelaki mahukan excitement.  Mereka suka bercinta.  Jadi bercinta lah dengan suami kita walaupun selepas 20 tahun berkahwin.  Be naughty.  Be fun.  Be jovial.  Cuba lah dan lihatlah bagaimana suami anda akan jatuh cinta sekali lagi, setiap hari!



Gambar hiasan:  CWR nak kawin dgn ultraman lah! Kalau dia letih lampu dia jadi warna merah.  Kalau manjang je merah, tandanya dia tak mampu nak berpoligami. Eh?

Relationship: Perkahwinan dan Poligami (Part 1)

Menginjak ke hari-hari terakhir Ramadhan ini, saya tergerak untuk menulis topic yang lebih serius.  Topic yang selalu buat saya berfikir dan muhasabah diri.  Perkahwinan atau pernikahan adalah sesuatu yang indah atau sepatutnya indah, manakala poligami adalah mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita.

Nikah itu sendiri dari segi bahasa bermaksud berkumpul atau berhimpun.  Manakala dari segi syarak, ijab dan qabul menghalalkan persetubuhan di antara lelaki dan wanita dengan lafaz-lafaz yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Di dalam Surah An-Nur ayat 24:32, Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (lelaki dan wanita) dari kalangan kamu,dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu,lelaki dan wanita.  Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah swt maha luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi maha mengetahui".

Saya juga ingin memetik ayat 4:3 Surah An-Nisa yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat.  Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja".

Di bulan Ramadhan ni jom kita kejar Lailatul Qadr. Mohon keberkatan dan kasih sayang dariNya.  Semoga doa-doa kita semua dimakbulkan Allah swt.  Doa Cwr agar disayangiNya dan dilindungiNya selalu.  Cwr mahukan seorang khalifah yang mampu memimpin tangan cwr menuju jannah. Haaaaa gitew! Kalau uols ada abang or uncle or kawan2 yang available, cwr sedia untuk mencuba.  Bukan cwr desperate.  Tapi jodoh ni adalah misteri Allah.  Sedangkan Khadijah pun meminang Rasulullah kan.  Cwr jauh sgt dari Khadijah.  Tapi Allah kata, minta lah, pasti akan ku beri.  Insyaallah.

Gambar hiasan:  Salah satu majlis pernikahan di Thailand.  Mungkin kerana procedure yang mudah membuatkan kaum lelaki kurang menghargai nilai pernikahan sebegini.  Yang jadi mangsa adalah wanita.




Sunday, June 26, 2016

School Holiday: Floria Putrajaya

Couldn't be happier than when the kids were all home for the recent school holiday. At first, we were quite sceptical about this floral fest but hey why not lets give it a shot!

The main problem mesti lah bab nak parking kereta.  Parked quite distant kena la menapak sikit.  Beratur beli tiket dulu tapi not too long. I paid RM22+ for 3 adults and 1 kid.  It's cheap! I thought it could be more expensive.

Our photos speak for the rest of the evening.......

from the entrance lagi kami dah kejakunan!

the girls

with mr clown

Ecah in Wonderland

the girls

pony ride for RM5 per ride. siap pakai reben kat kepala bak angggg

chenta hati cwr

floria!

we're complete

dbkl's showroom

dbkl's showroom mmg the best! fefeeling frozen bak angg

fefeeling elsa

colourful

boat berhias mmg best sangat

Aisyah in Wonderland....wondering where are the candies...it's just full of beautiful flowers

colourful
 
We left around midnight. Tak sangka pulak seronok2 tgk bunga segala, on the way home we were all stranded on the highway sebab Ferrari overheated.  Tersadai lah dua tiga jam kat tepi highway tunggu tow truck datang for rescue.  Dalam hati berdoa ya Allah jangan la jadi perkara2 tak elok saspen juga sebab highway tersangat lah sunyi nya.  Alhamdulillah we arrived home safely at around 3am.  Very tired. But happy.  Most importantly we had good times together. 

Looking forward for the next Floria!

Wednesday, June 22, 2016

Travel: Kembara Ramadan at the concrete jungle of HongKong

I really needed a break from everything - work, home, family, KLCC, etc.  Got on the plane for a weekend trip to HK. Thanks to AirAsia for allowing everyone to fly!

ETD KLIA2 at 7:05 am and ETA HK around 11am.  My first impression was.....OMG! the airport is huge and the people is like a battalion of ants!!  First thing to do was to buy a local simcard.  The price for 5-day usage is HKD80...lebih kurang RM40...not bad for 1.5gb data and voice.  Then walked to the bus station.  Ticket price for the Citybus route A21 from the airport to Chatham Road South was HKD33 for an hour bus ride.  This is the cheapest option.  If you want to pay more, you may take taxi or train.

I stayed at a hotel named Butterfly on Prat because it is a walking distance to Kowloon Mosque.  Nama nya kembara Ramadan kannnnnn......

Nampak tak kat bantal cwr ada butterflies??? Boleh bawak balik butterfly tu buat souvenir ye.  Tapi bantal tu jangan le amik.

Maka lepas jamak solat dan tukar pakaian, cwr memulakan acara meronda Kowloon.  Alhamdulillah walaupun meredah hujan dan lopak air segala....dapat jugak la sampai ke hk harbour yg famous tu.  Mak datukkkkk punya ramai la manusia kat sini!!  Ni cwr belanja gambar sikit.


 

 
 
 
Bawah ni pula di antara food yg cwr makan sepanjang 3 hari di HK.  Tak susah nak dpt makanan halal.  Byk indian and arab restaurant.  Worst case makan je seafood or vegetarian food.


Fish Briyani

Salmon & prawn teppanyaki
beratur panjang bak angg nak beli benda ni....waffle kosong je. tapi sedap gak la.

Sepanjang 3 hari cwr kat sana, it has been raining all days and nights.  Sempat la pegi night market dalam hujan2 tu.  But most of the time either tido je dlm bilik or merayau dlm shopping malls dorang.  HK ni mmg betul la hutan batu.  Semua bangunan tinggi2.




 
 

Tapi yg pelik dan kelakar, scaffholding dorang semua pakai buluh ok!!  Walaupun utk membina bangunan berbelas tingkat!

Since it's been raining all day and night, cwr pi lah tgk movie "The Conjuring 2".  Sempat la menjerit seround dua.


The best part of the trip is my visit to Kowloon Mosque! Since the first day nak pi sana tapi tak lepas nak masuk dlm.  Penuh sarat manusia.  Masyaallah!! Sungguh tak sangka.  On the way to the airport cwr gigihkan juga nak singgah for maghrib and iftar.  Sejak lepas Asar dah dok melangut kat tangga tunggu peluang nak masuk. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga.  Mungkinkah sebab cwr dah kurus sikit membolehkan cwr menyelitkan badan?


front view of the mosque from across the street

tempat wuduk

Masyaallah! Menangis aku tgk masjid yang sebegitu besar sangat sarat dgn umat Islam dari perbagai Negara. Jemaah wanita saja dah penuh 2 tingkat masjid.  Mostly Indonesians and Pakistanis. Few Filipinos and aku melengkapkan dgn wakil dari Malaysia.  Berhimpit dalam ruang yang terhad. Terfikir dlm fikiran dan tersebut dalam hati....I can't afford to celebrate Ramadan in Mekah and Madinah.  But here I am, masih di bumi Allah with my Muslim sisters cramping in a small space sharing some food. A journey to find myself.  A journey to find true love.  A journey to heal my heart.


Aku: Apa ni mbak?
Sister 1 (indon kerja dgn pak arab): Di arab panggil nya asida
Sister 2 (indon keje dgn tokey cina): Di Jakarta panggil nya bubur ayam
Aku: ooooo....di Malaysia panggil nya bubur lambuk.
Rindu pulak kawan2 kat Masjid Kowloon....

Juadah berbuka: mineral water, teh kotak, bubur lambuk, samosa, grapes and kurma. Alhamdulillah.

Sempat solat magrib berjemaah kat situ.  Tapi sedih tak sempat nak berterawih because I had to run to the airport.  Catch bus A21 again and for HKD39 heading back to the airport for a flight going home. The flight was delayed for a couple of hours.  I don't think I will want to come back to HK but the memories and experience are precious.

Looking forward for my next trip.