Nikah itu sendiri dari segi bahasa bermaksud berkumpul atau berhimpun. Manakala dari segi syarak, ijab dan qabul menghalalkan persetubuhan di antara lelaki dan wanita dengan lafaz-lafaz yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Di dalam Surah An-Nur ayat 24:32, Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang bujang (lelaki dan wanita) dari kalangan kamu,dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu,lelaki dan wanita. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah swt maha luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi maha mengetahui".
Saya juga ingin memetik ayat 4:3 Surah An-Nisa yang bermaksud:
"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja".
Di bulan Ramadhan ni jom kita kejar Lailatul Qadr. Mohon keberkatan dan kasih sayang dariNya. Semoga doa-doa kita semua dimakbulkan Allah swt. Doa Cwr agar disayangiNya dan dilindungiNya selalu. Cwr mahukan seorang khalifah yang mampu memimpin tangan cwr menuju jannah. Haaaaa gitew! Kalau uols ada abang or uncle or kawan2 yang available, cwr sedia untuk mencuba. Bukan cwr desperate. Tapi jodoh ni adalah misteri Allah. Sedangkan Khadijah pun meminang Rasulullah kan. Cwr jauh sgt dari Khadijah. Tapi Allah kata, minta lah, pasti akan ku beri. Insyaallah.
Gambar hiasan: Salah satu majlis pernikahan di Thailand. Mungkin kerana procedure yang mudah membuatkan kaum lelaki kurang menghargai nilai pernikahan sebegini. Yang jadi mangsa adalah wanita. |
No comments:
Post a Comment
If you can't talk to me, write!
Do not underestimate the power of words.