Tuesday, June 28, 2016

Relationship: Perkahwinan dan Poligami (Part 2)

Sejak bertahun-tahun saya tidak pernah menentang poligami.  Kawan pernah mencebik, "tak kena batang hidung sendiri senang lah cakap!" Ni nak bagitau, kerana saya pernah melaluinya lah saya berani bercakap.  Saya tau kenapa majority wanita menentang poligami.  Mereka lebih sanggup bercerai-berai daripada berkongsi kasih.  Tetapi saya tidak faham kenapa wanita-wanita ini lebih sanggup suami masing-masing terjebak dalam hubungan terlarang daripada membenarkan mereka bernikah dengan wanita lain.  Adakah mereka tahu bahawa tindakan mereka menyebabkan suami terpaksa menipu mereka setiap hari semata2 utk bertemu wanita lain itu?  Dan sesungguhnya kisah isteri muda seorang yang jahat dan perampas suami orang itu hanya lah berlaku dalam drama.  Kita terlalu banyak disogokkan oleh drama dan filem Melayu yang memesongkan.  Hakikatnya, isteri muda itu lah yang sering tersiksa, diabaikan dan dianiaya.

Pada saya, tiada istilah merampas suami orang kerana suami itu bukan hak mutlak kita.  Anak2 juga bukan hak mutlak kita.  Semua itu hanyalah pinjaman dari Allah swt.  Dia memberikan kita suami yang baik dan penyayang.  Dan tentu ada sebab Allah hadirkan wanita lain bagi berkongsi suami kita yang baik dan penyayang itu.  Mungkin wanita lain itu mampu menjadikan suami itu lelaki yang bertambah2 baik dan penyayang.  Setiap kita di muka bumi ini adalah saling melengkapi. 

Pada pemerhatian, pengalaman dan diikutkan logiknya, punca segalanya adalah dari dalam rumahtangga itu sendiri.  Wanita lain itu tidak ada kena mengena pun.  Dia ada hidup dia sendiri.  Sekiranya segalanya sempurna dalam rumahtangga itu, suami atau isteri tidak akan tersasar atau terkeluar dari comfort zone itu untuk mencari cebisan yang kurang atau hilang dalam rumahtangga tersebut.  Maka apabila suami itu mula 'mencari', dia akan bertemu dengan cebisan2 yang kurang, yang dia tak dapat daripada isterinya.  Kenapa? Simply kerana kita semua tidak sempurna.  Isteri yang sangat cantik, terpelajar dan pandai memasak itu masih tetap ada kekurangannya.  Wanita lain yang kurang cantik, kurang terpelajar dan hanya pandai masak telor goreng itu mungkin lebih bijak menjaga hati suami itu.

Kita sebagai wanita selalu cepat rasa selesa apabila sudah lama berumahtangga.  Kita mungkin merasa kita isteri yang ideal.  Tetapi bak kata orang putih, 'you are no longer fun to be with'.  Lelaki mahukan excitement.  Mereka suka bercinta.  Jadi bercinta lah dengan suami kita walaupun selepas 20 tahun berkahwin.  Be naughty.  Be fun.  Be jovial.  Cuba lah dan lihatlah bagaimana suami anda akan jatuh cinta sekali lagi, setiap hari!



Gambar hiasan:  CWR nak kawin dgn ultraman lah! Kalau dia letih lampu dia jadi warna merah.  Kalau manjang je merah, tandanya dia tak mampu nak berpoligami. Eh?

No comments:

Post a Comment

If you can't talk to me, write!
Do not underestimate the power of words.